R@DUAN NORUDIN RN yang ku kenal
oleh Nosa Iskandar
Walaupun secara peribadi saya baru kenal dengan figura yang bernama Raduan Norudin RN ini tetapi saya amat kagum akan keupayaan dan daya kreativiifnya dalam menghasilkan karya-karya yang sungguh nostalgik dan semasa juga. Orangnya nampak cukup sederhana dalam pergaulan seharian...berjanggut, berkopiah dan tutur bahasanya amat santun sekali.
Raduan walaupun berasal dari kampung yang sama dengan saya tetapi perkenalan kami baru bermula setelah saya berusia senja dan beliau sendiri sudah punyai 4 orang anak. Masa di kampung dulu saya tak pernah ingat adakah kami pernah bertemu dimana-mana. Dan baru kini juga saya tahu ayahandanya adalah seorang yang cukup saya kenal sewaktu ayahandanya itu masih ada.
Bercerita tentang ayahandanya, beliau itu adalah pemandu bot penambang yang cukup serius roman mukanya. Dia macam pelakun Shariff Dol 'samseng kampung dusun' dalam filem Bujang Lapuk arahan Allahyarham Tan Sri P. Ramlee. Tapi ayahanda Raduan ini cukup pendiam orangnya..... dan sesekali dia akan melawak juga. Itulah karektor yang masih dapat saya ingat tentang ayahanda Raduan yang lebih dikenali dengan panggilan Zon bot semasa hayatnya.
Bercerita tentang karya Raduan, sempat saya lihat ianya adalah berpaksikan suasana disekeling kita. Ada yang nostalgik dan semasa dan lebih mirip kepada apa yang dapat katakan dalam bahasa saya sendiri sebagai modern art. Entah apa yang diistilahkan oleh Raduan dan pelukis sepertinya saya tak tau. Dan biasanya disetiap lukisan yang dihasilkan ada saja mesej disebaliknya. Itulah kekuatan Raduan dengan hasil-hasil karyanya. Luahan hatinya tidak setakat biasa-biasa sahaja ada juga kelihatan berontak dan gelodak hatinya yang ditumpahkannya lewat hasil karyanya. Seperti karyanya 'Penjual Injin' nampak keras mengkritik Menteri Pertahanan atas isu kehilangan injin helikopter yang pernah satu ketika heboh diperkatakan.
Dan lukisan yang paling saya suka adalah karyanya yang saya namakan sebagai 'Bot Penambang'. Bot Penambang adalah hasilkarya yang nostalgik bagi kami di kampung Sayong Lembah, kampung kelahiran Raduan yang juga menjadi kampung saya membesar.
Bot Penambang karya Raduan Norudin RN |
Itulah secebis kisah disebalik kehidupan saya dan Raduan dan Raduan telah mengabadikannya dalam sebuah lukisan yang ternyata amat nostalgik dan menyentuh hati saya dan ramai lagi penduduk kampung yang turut berbangga dengan bakat yang ada pada seniman yang telah mencipta nama dengan hasil-hasil karyanya. Dan saya sungguh rasa bertuah kerana dapat mengenali Raduan sebelum saya menutup mata.
Saya meneliti satu persatu hasilkarya beliau dalam blognya. Blog yang memuatkan hasilseninya itu dinamakan 'www.suteramalaya.blogspot.com' juga bercerita tentang kerjaya dan aktiviti-aktiviti seninya.
Raduan juga pernah terlibat dalam pembikinan sebuah drama popular RTM iaitu KELONG KASIH karya Badrul Amir Mat Isa sebagai pelukis set (Lihat http://kelongkasih.blogspot.com/ ).
Raduan Menyiapkan Lakaran Set Kelong Kasih |
Kelihatan Raduan sedang bekerja keras menyiapkan lakaran dindingnya |
DYMM Sultan Johor sedang berkata sesuatu kepada Raduan semasa baginda mencemar duli mengunjungi Pameran Endau Rompin yang disertai Raduan |